Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

AHLI KUMPULAN DAN PERANAN

    Tugas dan Peranan Ahli Kumpulan: NAMA PERANAN Nurul Dafiqah binti Kamarulzaman Ahli Kumpulan Membangunkan MYTO-MAP. Membuat soalan ujian pra dan pos. Mengedarkan ujian pra dan pos kepada pelajar. Membuat kertas cadangan. Khalid bin Sepawi Ahli kumpulan Mengedarkan ujian pra dan pos kepada pelajar. Mengedarkan kepada pensyarah Sijil Pelancongan dan Pengembaraan di Kolej Komuniti Malaysia. Menyediakan bahan-bahan promosi. Alinda anak Minsion Ahli kumpulan Mengedarkan ujian pra dan pos kepada pelajar. Membangunkan laman sesawang MYTO-MAP. Membuat analisa ke atas ujian pra dan pos. Menyediakan laporan selepas inovasi.

IMPAK INOVASI

Pelajar mudah ingat dan faham. Pelajar dapat menjawab soalan berkaitan peta Malaysia dan asas pelancongan dengan lebih baik selepas 7 hari memperkenalkan MYTO-MAP kepada pelajar.

PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI

Perbezaan sebelum dan selepas ini adalah berdasarkan ujian pra dan pos ke atas 80 orang pelajar Sijil Pelancongan dan Pengembaraan, Kolej Komuniti Kuching bagi Sesi November 2016 dan Mac 2017 yang dapat menjawab 80% BETUL berkaitan Peta Malaysia dan asas pelancongan bagi setiap subtopik sebelum dan selepas 7 Hari memperkenalkan MYTO MAP. Pelajar terdiri daripada pelajar Semester 2 dan Semester 3. TOPIK SEBELUM SELEPAS NEGERI / IBU NEGERI Hasil dapatan daripada ujian pra menunjukkan sebanyak 55.0% pelajar dapat mendapat menjawab 80% betul. Hasil dapatan daripada ujian pos menunjukkan sebanyak 97.5% pelajar dapat mendapat menjawab 80% betul. ZON - ZON Hasil dapatan daripada ujian pra menunjukkan sebanyak 32.5% pelajar dapat mendapat menjawab 80% betul. Hasil dapatan daripada ujian pra menunjukkan sebanyak 87.5% pelajar dapat mendapat menjawab 80% betul. DAERAH ...

KAEDAH PELAKSANAAN

      i. Inovasi MYTO-MAP dibangunkan menggunakan Microsoft Power Point termasuk advance animation and transition dan beberapa kaedah macro untuk menjadikan peta Malaysia ‘hidup’. ii. Pengguna boleh menekan butang-butang yang disediakan untuk mendapatkan nama-nama negeri, ibu negeri, daerah, tempat-tempat menarik di Malaysia dan jaringan pengangkutan seperti udara dan darat.

RASIONAL

Melalui hasil dapatan daripada ujian pra yang dijalan kepada 80 orang pelajar Sijil Pelancongan dan Pengembaraan, Kolej Komuniti Kuching bagi Sesi November 2016 dan Mac 2017, didapati pelajar masih lemah dalam mengenalpasti kedudukan negeri di Malaysia, ibu negeri, daerah, destinasi pelancongan dan jaringan pengangkutan di Malaysia. Selain itu, inovasi ini dapat : i. Mempelbagaikan penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dengan menggunakan pendekatan yang interaktif. ii. Meneroka bentuk fizikal negara Malaysia dengan lebih menyeronokkan. iii. Menggalakkan pengguna memahami bentuk fizikal negara Malaysia, tempat-tempat pelancongan dan jaringan pengangkutan dengan aktiviti yang disediakan di dalam MYTO-MAP. iv. Memudahkan pengguna dari segi pengendalian iaitu senang dibawa dan senang digunakan. v. Memupuk semangat cinta dan sayang Malaysia.

PENGENALAN

MYTO-MAP ini memaparkan : i. Kedudukan negeri-negeri di Malaysia ii. Negeri – negeri yang terdapat di dalam Malaysia iii. Daerah-daerah/ Bahagian di setiap negeri di Malaysia iv. Tempat – tempat pelancongan di Malaysia v. Jaringan pengangkutan di Malaysia termasuk semua lapangan terbang di Malaysia

ABSTRAK

MYTO MAP dibangunkan ekoran cetusan idea pensyarah Sijil Pelancongan dan Pengembaraan, Kolej Komuniti Kuching dalam usaha untuk memudahkan para pelajar Pelancongan mengingati dan mengetahui maklumat berkaitan peta Malaysia dan maklumat umum pelancongan menggunakan teknologi ICT dengan mengintegrasikan sistem web Tourism Malaysia. Inovasi ini adalah Interactive Map of Malaysia yang merupakan Peta Malaysia Interaktif yang telah direka khas kepada pengguna untuk memudahkan maklumat berkaitan kedudukan fizikal Malaysia dalam bentuk yang lebih menyeronokkan.  Ia memaparkan gambaran kedudukan negeri di Malaysia, ibu negeri, daerah-daerah, destinasi pelancongan di Malaysia dan jaringan pengangkutan di Malaysia termasuk semua lapangan terbang di Malaysia. MYTO-MAP diedarkan dalam bentuk pakej yang mengandungi sebuah unit CD, manual pengendalian dan soalan ujian pra dan pos. Dengan adanya inovasi ini, Pembelajaran dan Pengajaran (Pdp) bagi kursus-kursus Pelancongan dan Pengembaraan dapat...