MYTO MAP dibangunkan ekoran cetusan idea pensyarah Sijil Pelancongan dan Pengembaraan, Kolej Komuniti Kuching dalam usaha untuk memudahkan para pelajar Pelancongan mengingati dan mengetahui maklumat berkaitan peta Malaysia dan maklumat umum pelancongan menggunakan teknologi ICT dengan mengintegrasikan sistem web Tourism Malaysia. Inovasi ini adalah Interactive Map of Malaysia yang merupakan Peta Malaysia Interaktif yang telah direka khas kepada pengguna untuk memudahkan maklumat berkaitan kedudukan fizikal Malaysia dalam bentuk yang lebih menyeronokkan.
Ia memaparkan gambaran kedudukan negeri di Malaysia, ibu negeri, daerah-daerah, destinasi pelancongan di Malaysia dan jaringan pengangkutan di Malaysia termasuk semua lapangan terbang di Malaysia. MYTO-MAP diedarkan dalam bentuk pakej yang mengandungi sebuah unit CD, manual pengendalian dan soalan ujian pra dan pos. Dengan adanya inovasi ini, Pembelajaran dan Pengajaran (Pdp) bagi kursus-kursus Pelancongan dan Pengembaraan dapat dijalankan dengan lebih interaktif dan menyeronokkan.
Comments
Post a Comment